Mengenai Produk


V1-Fuel Booster adalah ADDITIF Petroleum atau Bahanapi kenderaan yang diformulasikan dengan teknologi Nano-GERMAN hasil daripada plamatic base or palm crude oil extract, ianya sumber mesra alam dan merupakan ciri ciri organik semulajadi. Satu satunya PRODUK TEKNOLOGI HIJAU - GO GREEN.
 
HASIL KAJIAN DAN PEMBANGUNAN (R & D) TERKINI untuk zaman millenium yang akan datang telah mengabungkan Bio-Green System, Teknologi NANO dari GERMAN. Gabungan formulated plamatic base and basic material of Additif Dimethyl Heptane, Nonane, Tridecane yang menghasilkan produk additif bahanapi yang lebih mantap.
Produk Additif ini amat berkesan meningkatkan mutu bahanapi yang lebih berkuasa dan lebih efisyen kegunaanya dalam semua jenis enjin pembakar bahanapi secara domestik atau komersal.
V1-Fuel Booster sesuai untuk semua enjin pembakaran seperti mesen rumput, mesen pam, motosikal, kereta, van, generator, bas, trailer, bot laju, excavator, back-hoe, dsb. Tidak kira enjin kenderaan baru atau lama, ia produk IDEAL untuk semua enjin kenderaan bermotor.
Ia merupakan produk bio-teknologi melalui proses inovasi teknologi nano terkini yang telah terbukti. Perumusan struktur molekul-molekul yang lebih halus selama proses pembakaran membolehkan lebih banyak oksigen untuk bertindak balas dengan bahan bakar. Hasilnya, additif membantu membakar bahanapi lebih cekap, mencapai tahap pembakaran sehingga 98%.
Biasanya bahanapi yang digunakan oleh kebanyakan enjin pembakaran tidak mengalami 100% pembakaran dan secara tidak efisyen. Keadaan menjadi lebih buruk dengan usia enjin lama.
Bahanapi yang mengalami pembakaran secara tidak efisyen akan berubah menjadi ejen pencemaran yang berbahaya kepada alam sekitar. Sisa gas yang dikeluarkan pula akan akibatkan peningkatan karbon di dalam enjin sehingga menjejaskan prestasi dan kemampuannya.
Bagaimana proses pembakaran bahanapi meningkat lebih sempurna? Kandungan Oksigen dalam campuran petrol memainkan peranan utama untuk kebolehan pembakaran kebuk enjin. Selepas V1-Fuel Booster di tambah ke dalam tangki petrol mengikut kadar yang sesuai, molekul minyak dalam tangki petrol akan mengeluarkan ion penguraian dan menyusun molekul minyak dengan sama rata sekali, mengukuh struktur antara molekul-molekul minyak, meningkatkan kawasan permukaan molekul minyak yang berhubung dengan oksigen, kandungan asid lemak tak tepu yang terdapat dalam bahan palma dapat meningkatkan kandungan oksigen dalam bahanapi dan mudah untuk melengkapkan pembakaran bahanapi serta meningkatkan kuasa enjin.
V1-Fuel Booster juga akan membantu melincirkan sistem kebuk pembakaran dan menghasilkan gerakan putaran yang lebih lancar kepada  piston. Campuran bahan api yang dibakar akan menghasilkan sisa bahan api yang minimum. Manakala sisa bersih pula akan menerusi ekzos. Mendapan karbon pada dinding kebuk, gelang omboh dan palam pencucuh akan ditanggalkan dengan perlahan-lahan dan dikeluarkan terus menerusi ekzos, sebagai bintik bintik hitam.
Pembaziran bahanapi yang minimum dan pembakaran yang sempurna akan mengurangkan penggunaan bahanapi dan memberikan anda perjalanan yang lebih kilometer bagi setiap tangki penuh atau nilai wang anda.
Sekiranya sebelum ini bahanapi yang tidak digunakan terbuang dalam bentuk emisi yang bersifat toksik. Kini bahanapi dalam tangki akan digunakan secara lebih maksima oleh sistem enjin pembakaran dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan